Saturday, December 12, 2009

SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN...

PENGHUJUNG TAHUN 2009 MENYAKSIKAN PERPISAHAN YANG PASTINYA MENGULIT SERIBU KENANGAN DAN KERINDUAN..SETELAH SEKIAN LAMA BERSAMA ..BERSENDA GURAU DAN BERMESRA AKHIRNYA TIBA JUA SAAT PERPISAHAN....

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

ABADI DALAM KENANGAN


Seorang guru yang sangat dedikasi..sentiasa memastikan murid-muridnya memahami dan dapat mempraktikkan pengajarannya...Cikgu Yusridar yang kecil molek telah berkhidmat hampir 12 tahun di SKDB akan pulang ke tanah kelahirannya di Kuantan,Pahang...Moga segala jasa yang ditabur akan sentiasa diberkati...

ABADI DALAM KENANGAN


Sentiasa tersenyum n mesra dengan sesiapa sahaja...seorang yang pendiam tapi banyak kemahiran n sangat kreatif...Cikgu Amy akan kembali ke kampung halaman di Kelantan setelah hampir 13 tahun menabur bakti di SKDB...Kenang kami dalam doamu...

ABADI DALAM KENANGAN.....

Setelah 18 tahun menabur bakti di SKDB..akhirnya beliau akan melangkah pergi meninggalkan SKDB ke sebuah sekolah nun jauh di hujung Temerloh...Beliau bukan sahaja teman tapi juga seorang abang yang amat memahami...beliau juga ibarat penyelamat dan tempat mengadu oleh semua guru di sini termasuklah Gb sendiri....beliau sentiasa sudi mendengar dan membantu setakat yang terdaya..tak pernah menolak bila diperlukan....He is so special...apapun problem dialah orang pertama yang dicari...bukan gb..bukan gpk...tapi berkejar cari Cikgu Abd.Malek..hatta terkena sengat penyengat pun dia juga yang dicari.....Kehilangannya tidak mungkin ada pengganti n nobody can replace him....Jasa-jasa beliau tidak mungkin akan dilupakan..Pasti setiap majlis akan menjadi ceria jika beliau mencari pengacara..kepetahan dan kebijaksanaan beliau berhujah amat dikagumi...Nasihat dan tunjuk ajar beliau kepada guru-guru yang lebih mesra dipanggil adik-adik akan sentiasa menjadi pegangan...Ketegasan beliau terhadap sebarang isu tiada siapa yang berani tandingi...kelembutan diwajah dan senyumannya menyembunyikan kecekalan hatinya...Pada saya..dia adalah abang dan akan kekal sebagai lagenda SKDB....

Monday, July 13, 2009

PELANCARAN BULAN BAHASA 2009

Jurukamera...C.Saparwan



Sekitar majlis berlangsung.....




Sir Gurmit and Pn.Aliza..posing je..

PELANCARAN BULAN BAHASA 2009


Persembahan Kalam Jama'i memeriahkan majlis...murid-murid berbahasa Arab...

PELANCARAN BULAN BAHASA 2009


Ucapan Aluan Pengerusi Majlis....steady pengerusi majlis paling disegani....Cik Kaunselor Ckgu Maznah Mansor

PELANCARAN BULAN BAHASA 2009 SKDB


Majlis perasmian pelancaran
Bulan Bahasa 2009
peringkat Sekolah
pada 13 Julai 2009
di tapak perhimpunan sekolah.....
GB diiringi GPK 1 dan KP B.Melayu,
B. Arab dan B.Inggeris.

Sunday, July 12, 2009

MAJLIS PERPISAHAN SIR FUAAD


Suasana sedih...tapi happy coz dapat hadiah...Thanks to sir Fuaad..jasamu sentiasa dikenang...

Monday, March 23, 2009

Merentas Desa 2009

Barisan pakar minuman.....




Setiausaha sukan skdb paling berkaliber...Sir Gurmit Singh....makin lama makin hensem...

Merentas Desa 2009

Pengacara paling digeruni...spontan dan cool









Posing dulu le sebelum buat keje....

Majlis Perasmian Projek Bacaan 2009...

Penyerahan Bakul Projek Bacaan utk kelas-kelas....Program ini berjalan lancar kerana kecekapan Guru Media SK Desa Bakti...Pn.Hanisah Harun yang begitu komited dengan tugas-tugasnya.....